MEMEGANG segulung ijazah dengan mengenakan jubah konvokesyen dipadankan dengan mortar board di atas kepala merupakan impian mahasiswa sama ada dari universiti awam mahu pun swasta.
Tapi tahukah para graduan terhadap cabaran yang sedang menanti mereka untuk melangkah masuk ke alam pekerjaan?
Dimensi cabaran pekerjaan generasi Z (Gen-Z) hari ini ternyata berbeza dengan generasi sebelumnya.
Landskap pekerjaan yang dinamik memberi tekanan kepada para graduan masa kini terutamanya isu gaji rendah di era teknologi moden dan kos sara hidup yang tinggi, keperluan kemahiran insaniah yang menjadi kayu ukur pekerjaan dan peluang pekerjaan yang rendah mengikut kelulusan dan kemahiran graduan dilihat antara cabaran pekerjaan yang membelenggu graduan masa kini.
Isu gaji rendah masih lagi kekal menjadi cabaran kepada graduan yang baharu dalam bidang pekerjaan lebih-lebih lagi dalam sektor swasta.
Sebelum ini pernah dilaporkan oleh Tinjauan Ekonomi 2024, lebih 70 peratus daripada graduan yang bekerja memperoleh gaji di bawah RM2,000 sebulan.
Perkara ini juga turut melibatkan graduan yang berkelulusan profesional seperti peguam, akauntan dan jurutera.
Isu ini perlu dipandang serius kerana peningkatan kos sara hidup lebih-lebih lagi di bandar menyebabkan pekerja terpaksa membelanjakan hampir keseluruhan gaji mereka untuk perbelanjaan asas dan tidak mampu untuk membuat simpanan dimana akan menjejaskan perlindungan keselamatan sosial mereka kelak.
Di peringkat kerajaan, terdapat beberapa akta (Akta Kerja 1955 [Akta 265], Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] dan Akta Kesatuan Sekerja 1959 [Akta 262]) yang bertujuan mengawal selia penetapan dan pembayaran gaji kepada pekerja,
Namun isu gaji rendah masih lagi dibelenggu oleh kebanyakan pekerja pada hari ini. Usaha berterusan kerajaan masih lagi diteruskan melalui Dasar Gaji Progresif yang dibentangkan akhir tahun lepas.
Melalui dasar ini, pihak kerajaan akan menyediakan insentif berbentuk tunai yang akan dibayar mengikut kadar dan kumpulan pekerja.
Dasar Gaji Progresif ini bertujuan meningkatkan gaji dan mencapai pengagihan pendapatan yang lebih seimbang.
Usaha tersebut diharapkan dapat menyelesaikan masalah gaji yang rendah namun dasar yang bersifat sukarela ini hanya dapat direalisasikan dengan penyertaan dan sokongan yang padu daripada majikan.
Selain isu gaji rendah, cabaran peluang pekerjaan yang tidak sepadan dengan Ijazah dimiliki graduan dilihat sebagai cabaran utama mengapa para graduan kini lebih gemar memilih pekerjaan gig seperti pemandu p-hailing, e-hailing atau pekerjaan tidak formal.
Pekerjaan gig yang tidak memerlukan pencapaian akademik yang tinggi dan waktu kerja yang rigid seperti menggunakan sistem clock-in dan clock-out semestinya menarik minat graduan untuk mengungguli sektor ini.
Isu ketidaksepadanan pekerjaan dan kemahiran mempunyai kesan negatif bukan sahaja kepada individu yang tidak dapat menjana pendapatan tinggi setimpal dengan Ijazah yang dimiliki bahkan menjadi penyumbang kepada kelembapan ekonomi dan kemajuan negara apabila negara kekurangan tenaga kerja mahir dan profesional.
Faktor kekurangan pekerjaan dan ketidaksepadanan kemahiran justeru dilihat sebagai push factor brain drain keluar negara untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi sepadan dengan kemahiran yang dimiliki.
Cabaran pekerjaan graduan masa kini juga diukur melalui penguasaaan kemahiran insaniah.
Kebanyakan industri pada hari ini tidak hanya menekankan penguasaan kemahiran teknikal semata bahkan memerlukan graduan menguasai kemahiran insaniah.
Hal ini kerana kemahiran insaniah merupakan asas penting yang perlu dikuasai agar graduan lebih berdaya saing.
Komponen kemahiran insaniah merangkumi komunikasi, pemikiran kritikal, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, kepimpinan, kerja berpasukan dan juga pengurusan masa.
Sebagai contoh, penguasaan kemahiran pengurusan masa berupaya membantu individu dalam menyempurnakan kerja yang harus diutamakan dan pada masa yang sama meningkatkan produktiviti kerja.
Oleh yang demikian, graduan harus bersiap siaga menguasai kemahiran insaniah semasa dalam tempoh pengajian agar dilihat sebagai seoarang yang berkemahiran tinggi.
Secara praktikal, kebanyakan program pengajian mewajibkan pelajar menjalani latihan industri dalam tempoh pengajian kebiasaannya di tahun akhir bagi membolehkan mereka mengaplikasi kemahiran insaniah selain dari kemahiran teknikal.
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh pihak Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), hasil dapatan kajian menunjukkan salah satu faktor mengapa para graduan kurang mendapatkan pekerjaan yang dipohon adalah disebabkan kurang berkemahiran.
Pembentukan kemahiran insaniah haruslah di mulai di peringkat awal sekolah dan berterusan di setiap peringkat pendidikan.
Selain itu, institusi pendidikan haruslah sentiasa bekerjasama dengan pihak industri dalam mengenal pasti keperluan kemahiran insaniah yang diperlukan oleh pekerja masa kini selain keperluan teknikal agar mahasiswa dapat diterapkan dengan kemahiran insaniah yang lebih berdaya saing.
* Dr. Hanira Hanafi ialah pensyarah kanan di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam; Dr Maria Mohd. Ismail (pensyarah kanan di Jabatan Sains Politik, Pentadbiran Awam dan Pengajian Pembangunan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi); Dr. Siti Nur Edlyn Nadia Zuraiju (pensyarah kanan di Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Mereka boleh dihubungi melalui [email protected]
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi ketiga-tiga penulis berdasarkan bidang tugasnya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Hanira Hanafi, Maria Mohd Ismail, Siti Nur Edlyn Nadia Zuraiju
Tue Feb 13 2024
Selain isu gaji rendah, cabaran peluang pekerjaan yang tidak sepadan dengan Ijazah dimiliki graduan dilihat sebagai cabaran utama mengapa para graduan kini lebih gemar memilih pekerjaan gig seperti pemandu p-hailing atau e-hailing. - Gambar hiasan
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
"Penyerang ini bertindak bersendirian atau kita sebut sebagai lone wolf. Driven by motivation yang dia faham, sebab dia tak bercampur dengan orang."
Maklumat awal mendapati pelaku bertindak secara bersendirian
Maklumat awal mendapati bahawa pelaku merupakan warganegara Malaysia berusia 21 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau serta melakukan tindakan tersebut secara bersendirian.
#AWANInews
#AWANInews
Henti sebarang spekulasi, beri ruang polis jalankan siasatan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan orang awam supaya menghentikan sebarang spekulasi berhubung kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
AWANI Ringkas: Sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh individu dibawa ke mahkamah untuk reman
Tujuh individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
[KOLUMNIS] Kanser kolorektal: "Adakah anda berisiko? Kenali dan lakukan ujian!"
Kanser kolorektal merupakan salah satu kanser tertinggi dalam kalangan lelaki (14.8 peratus) dan wanita (11.1 peratus).
[KOLUMNIS] Puasa Ramadan didik umat Islam hindari trend 'ibadah viral'
Ibadah viral merujuk kepada fenomena di mana amalan-amalan ibadah tersebar dengan cepat dan meluas melalui media sosial dan internet.
[KOLUMNIS] Keperluan mempersiap graduan Gen-Z untuk pasaran kerja
Isu gaji rendah masih lagi kekal menjadi cabaran kepada graduan yang baharu dalam bidang pekerjaan lebih-lebih lagi dalam sektor swasta.
[KOLUMNIS] Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah
Hari ini DUN akan mengadakan sidang khas bagi membahaskan keputusan menyerahkan kembali kuasa selia sektor bekalan elektrik kepada kerajaan negeri Sabah.
[KOLUMNIS] 150 tahun Perjanjian Pangkor: Detik hitam tergadainya tanah air
Tanggal 20 Januari 1874 bukanlah suatu tarikh yang patut rakyat Malaysia rayakan tetapi sekurang-kurangnya diingati sebagai pedoman agar kedaulatan negara tidak tergadai lagi.
[KOLUMNIS] Pemerkasaan TVET melalui Majlis Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional Negara
Pengautomasian pekerjaan bakal wujudkan 1.7 juta pekerjaan baharu, khususnya dalam sektor peralihan tenaga dan industri berasaskan teknologi.
[KOLUMNIS] Kukuhkan kedaulatan maritim Malaysia, jangan biarkan pencerobohan berulang
Malaysia perlu tingkatkan kerjasama dengan negara ASEAN lain yang menghadapi cabaran serupa, bentuk pendirian yang padu dan koheren.
[KOLUMNIS] Keusahawanan desa dan pasaran halal
Keusahawanan merupakan trategi yang sedang dijayakan oleh KKDW sebagai instrumen pengupayaan golongan kurang berkemampuan.
[KOLUMNIS] Kepintaran Hamas, impian dua negara dan helah Netanyahu
Membunuh dan menghapuskan orang lain kerana mahu menyelamatkan diri, bukan manusiawi, itu tidak bertamadun.